Wednesday, 15 January 2014

Fadhilat Surah An-Naas dan Surah Al-Falaq (Mu’awwizatain)

Surah al-Mu’awwizatain adalah dua surah pada awal surahnya menggunakan lafaz (Katakanlah aku memohon perlindungan). Dua surah dimaksudkan itu adalah surah An-Naas dan surah Al-Falaq, yang memiliki berbagai khasiat.

            Surah An-Naas, bermaksud : Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia.

            Surah Al-Falaq, bermaksud: Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".

            Berkaitan dengan dua surah tersebut, ada beberapa hadis yang menyatakan mengenai keutamaan dan khasiatnya.

            Antara hadis bermaksud :”DariAbi Sa’ad ia berkata. “Bahwa Rasulullah SAW selalu memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada syaitan, jin dan manusia sehingga turunnya dua surah (Mu’awwizatain), kemudian Rasulullah SAW menggunakan kedua-duanya dan meninggalkan yang lainnya.” (Riwayat Tirmizi dan al-Nasai).

            Hadis lain bermaksud : “Dari Ibnu Abbas r.a bahwasannya Nabi Muhammad SAW bersabda. “Ingatlah (perhatikanlah) saya ajarkan kepada kamu mengenai Ta’awwuz yang paling ampuh. Ibnu Abbas r.a. menjawab, “Baik, beliau menunjukkan yaitu Qul A’uzu Bi Rabill….” (Riwayat Imam Ahmad).

            Mengikut pengalaman sahabat Rasulullah SAW, tabiin dan ulama sholeh, dua surah ini mempunyai pelbagai khasiat, antaranya :

  • Surah ini dapat menyembuhkan orang yang disengat kala,yaitu dengan cara dibacakan pada air garam kemudian disapukan atau digosok pada anggota tubuh yang disengat, maka dengan izin Allah SWT, ia pasti akan sembuh. Perkara sedemikian sesuai dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Ali bin Abi Thalib r.a. ketika Nabi Muhammad SAW digigit kala. 
  • Kedua-dua surah ini boleh menyembuhkan orang yang terkena sihir atau santau. Caranya adalah dengan membaca sebanyak 41 kali dalam tempoh, tiga, lima atau tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah dengan izin-Nya sihir tersebut akan segera hilang dan sembuh, dengan syarat diamalkan dengan sepenuh keyakinan. 
  • Apabila Surah al-Muawwizatain dibaca 100 kali maka pasti akan selamat dan boleh menzahirkan keberanian yang luar biasa didalam hati. Dengan izin Allah, ia juga akan dapat menghindarkan sebarang kezaliman yang dilakukan oleh manusia dimalam yang sangat gelap. 
  • Dua surah ini juga dapat dijadikan petunjuk apabila seeorang tersesat jalan ketika didalam perjalanan. Caranya dengan membaca kedua-dua surah itu ketika sesat, berterusan terutama didalam keadaan gelap gulita. 
  • Surah Mu’awwizatain jika dibaca diwaktu petang, selepas sholat Asar dan diwaktu pagi selepas sholat Subuh sebanyak tiga kali kemudian ditambahkan dengan surah Al-Ikhlas, insyaAllah ia akan mencukupi segala keperluannya.


No comments:

Post a Comment