Friday, 3 January 2014

Doa Tergantung Tanpa Selawat Untuk Rasulullah

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w (oleh karena itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya” (Al-Ahzab 56).

Ada banyak kelebihan selawat jika kita mengamalkannya dalam ibadah seharian, diantaranya :

• Satu kali selawat, Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.

• Satu kali selawat, Allah akan mengangkatnya dengan 10 darjat.

• Malaikat juga akan turut membaca selawat keatas orang yang membaca selawat untuk Rasullulah s.a.w.

• Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan Allah Ta’ala, tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat akan tergantung diantara langit dan bumi.

• Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w dihari kiamat nanti.

• Akan mendapat  syafaat daripada Rasulullah s.a.w dihari kiamat nanti.

• Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w.

• Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput dalam dada.

• Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah.

• Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya.

• Akan terselamat dan terpelihara dari segala apa yang menduka citakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.

• Dengan membaca selawat dapat mengingatkan kembali apa-apa yang sudah kita lupa.

• Akan mendapat nur yang bersinar-sinar bila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.

• Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba apabila kita berselawat sebanyak 10 kali.

• Allah meluaskan dan melapangkan rezekinya dari sumber yang tidak diketahui.

• Allah memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan dihari kiamat nanti.

• Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga untuk keluarganya.

• Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.

• Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w) serta dapat pula meminumnya dihari kiamat nanti.

• Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju surga.

Insyaallah.


No comments:

Post a Comment