Allah
sifatkan orang enggan berdoa sebagai orang sombong. Dari segi bahasa, doa
mempunyai pengertian menyeru, meminta dan mendakwa. Menurut istilah, doa
bermaksud memohon atau meminta sesuatuyang baik daripada Allah Yang Maha Pemurah dengan menggunakan
bahasa yang diperbolehkan dan adabyang baik sesuai dengan ketentuan syarak.
Diharuskan berdoa dengan menggunakan
apa-apa bahasa sekalipun, dengan syarat tidak mengandungi unsur syirik yaitu
menduakan Allah.
Dari segi bahasa, selawat berarti
kesejahteraan. Manakala mengikut istilah, selawat adalah memohon kesejahteraan
dan keselamatan kepada Allah ke atas junjungan dan penghulu sekalian makhluk,
yaitu Nabi Muhammad SAW. Biasanya, selawat juga sentiasa diiringi keatas
keluarga, sahabat dan seluruh pengikut baginda.
Menurut bahasa, zikir berarti
mengingati. Secara istilah,bermaksud mengingati Allah setiap masa dan dimana
saja dengan cara dibolekan syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan serta
hati.
Hizib pula menurut bahasa bermakna
bahagian, golongan, wirid dan senjata. Dari segi istilah, diartikan bacaan
wirid yang juga sebahagian doa untuk diamalkan muslimin sebagai senjata atau
pendinding diri dari pada pelbagai kejahatan yang datang dari manusia, jin
syaitan atau makhluk lain.
Oleh sebab itu, doa, selawat zikir
dan hizib sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat antara satu sama yang
lain. Semua itu antara bentuk ikhtiar atau usaha manusia supaya senantiasa
dalam keadaan baik,selamat dansejahtera dibawah naungan Allah SWT dengan cara
yang di ridhoi.
Allah menyuruh hamba-Nya supaya
memohon sesuatu kepada-Nya. Hal ini dinyatakan dalam surah Al-Mukmin ayat 60
yang bermaksud : “Dan Tuhan kamu berfirman. “berdoalah kamu kepada-Ku nescaya
akan Aku perkenankan doa permohonanmu. Sesungguhnya orang yang sombong (takbur)
daripada beribadah dan berdoa pada-Ku, akan Aku masukkan ke neraka jahanam
dalam keadaan hina.”
Menurut ayat tersebut diatas, Allah
memerintahkan manusia senantiasa berdoa kepada-Nya dalam apa jua keadaan dan
Allah mencela orang yang enggan meminta dan berdoa kepada-Nya dengan
menyifatkan mereka sebagai orang yang sombong.
Surah Al-Baqarah ayat 186 yang
bermaksud : “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, berritahu
mereka : “Sesungguhnya Aku (Allah) senantiasa hampir (dengan mereka), Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia sudi berdoa kepada-Ku. Maka
hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi segala perintah-Ku dan
menjauhi sebarang larangan) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya
mereka menjadi baik serta betul.”
Berdasarkan ayat tersebut diatas,
Allah memerintahkan manusia berdoa dan diikuti dengan keimanan kepada-Nya. Ini
menunjukkan antara syarat sesuatu doa akan dikabulkan adalah beriman dan
meyakini Allah Dzat Yang Maha Mengabulkan doa dan manusia adalah makhluk yang
sangat daif dan senantiasa memerlukan bantuan.
Seruan berdoa juga dihuraikan
menerusi hadis, antaranya hadis riwayat Tarmizi, bermaksud “Sesungguhnya doa
itu memberi manfaat terhadap bala bencana yang berlaku dan yang belum berlaku
dan tidak ada (yang mampu) menolak qada’ dan qadar Allah melainkan doa, (oleh
yang demikian), adalah sebaiknya kamu senantiasa berdoa.”
Hadis itu menunjukkan hanya doalah
satu-satunya cara yang dapat menolak ketentuan Allah. Dalam hadis lain,
dinyatakan doa itu ibarat senjata Muslimin. Ia juga sebagai tiang agama dan cahaya
bagi seluruh permukaan langit dan bumi.
Ada adab-adab dalam berdoa antara
lain :
-. Memilih waktu yang mulia
-. Menghadap kiblat
-. Melembutkan dan merendahkan suara
-. Jangan bersajak ketika berdoa
-. Merendahkan diri dan khusyuk
-. Berdoa dengan keyakinan Allah
pasti mengabulkan
-. Memulakan doa dengan membaca
zikir
No comments:
Post a Comment